PROFILE

Falsafah
Setiap individu mempunyai keupayaan untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penghayatan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya membangunkan ilmu, diri, masyarakat dan negara.

Visi
Menjadikan UiTM sebagai Universiti Terkemuka Dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

Misi
Menerajui pembangunan bumiputera yang tangkas dan profesional melalui kurikulum bertaraf dunia serta penyelidikan yang berimpak tinggi.

Objektif

  1. Mempercepatkan akses kepada pendidikan tinggi
  2. Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
  3. Menawarkan program akademik yang kompetitif selaras dengan keperluan pasaran, memacu pembangunan negara dan mempromosikan kemakmuran global
  4. Melahirkan graduan seimbang dan berjiwa keusahawanan yang berdaya saing di peringkat global
  5. Memperkukuhkan nilai pengantarabangsaan dalam pendidikan dan penyelidikan
  6. Mengekalkan kecemerlangan organisasi melalui tadbir urus yang berkesan dan efisien
  7. Menerajui penyelidikan berimpak tinggi melalui ekosistem penyelidikan yang mantap
  8. Memperkukuhkan kerjasama strategik dengan alumni dan industri
  9. Menyediakan ekosistem yang kondusif bagi kemajuan akademik
  10. Mengawal amalan kewangan kos efektif ke arah kelestarian organisasi

Nilai

  • Kecemerlangan 
    Mengamalkan piawaian kualiti dalaman secara konsisten bagi memenuhi keperluan serta jangkaan pihak berkepentingan
  • Sinergi
    Menjalin kerjasama secara menyeluruh dan bersepadu bagi memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat
  • Integriti
    Menghayati prinsip kejujuran, rasa hormat dan ketelusan dalam mencapai tahap etika profesionalisme yang tertinggi.

 

HUBUNGI KAMI

JABATAN UNDANG-UNDANG

Aras 6,

Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,

Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor.

ppuu@uitm.edu.my

Tel: (+60) 03-5544 2015/3366